Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Sistem perparitan daerah ini perlu diselenggara lebih baik elak banjir’: Ahli Parlimen Shah Alam | Scoop

‘Sistem perparitan daerah ini perlu diselenggara lebih baik elak banjir’: Ahli Parlimen Shah Alam

Mengulas mengenai banjir kilat di Shah Alam hari ini, beliau berkata, bagaimanapun tinjauan mendapati kolam takungan pada tahap terkawal

6:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof menggesa supaya tapak pembinaan di daerah itu dipantau pihak berkaitan dengan lebih baik, bagi mengelakkan saliran tersekat, seterusnya menyebabkan berlaku banjir.

Beliau berkata, sistem perparitan juga harus diselenggara agar tidak menyebabkan masalah itu tercetus.

“Berikutan hujan lebat petang ini, beberapa kawasan seperti Seksyen 13, terkesan dengan banjir kilat,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak jam 3 petang tadi. – Gambar Facebook Azli Yusof, 16 Ogos, 2023

Azli berkata, tinjauan dilakukan pihak berkaitan mendapati kolam takungan pada tahap terkawal.

“Sistem pam air ke Sungai Damansara berfungsi dengan sempurna,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan, beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak jam 3 petang tadi.

Antara kawasan terjejas adalah sekitar Seksyen 13 dan persimpangan lampu isyarat Seksyen 9 berhampiran Masjid Negeri.

Video mengenai situasi itu tular di media sosial, malah menerima maklum balas pengguna, khususnya penduduk yang terjejas. – 16 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Related