Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Struktur bumbung premis lima tingkat runtuh hempap 10 kenderaan | Scoop

Struktur bumbung premis lima tingkat runtuh hempap 10 kenderaan

9:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 10 kenderaan mengalami kerosakan teruk susulan sebahagian struktur bumbung di sebuah premis lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, di sini, runtuh malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian yang berlaku pada kira-kira 10.30 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, pihak bomba melakukan pemeriksaan di setiap tingkat dan mengesahkan tiada mangsa terlibat.

Punca kejadian masih lagi disiasat. – Gambar media sosial, 16 Ogos, 2023

“Buat masa ini, polis dan pihak bomba terpaksa menutup premis berkenaan sebagai langkah keselamatan daripada sebarang aktiviti sehingga ia disahkan selamat.

“Saya meminta orang ramai untuk menjauhi lokasi kejadian ini selain tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian memandangkan ia berlaku ketika cuaca baik dan tidak hujan.

Terdahulu, kejadian berkenaan dirakam penduduk berhampiran sebelum ia tular di Facebook. – 16 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related