Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Warga Malaysia yang lahir Ogos, ditawar tiket percuma lawat Menara Berkembar Petronas | Scoop

Warga Malaysia yang lahir Ogos, ditawar tiket percuma lawat Menara Berkembar Petronas

Individu yang berminat perlu hadir ke kaunter informasi di menara berkenaan dan menunjukkan MyKad atau MyKid untuk menebus tiket

8:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun ke-49 Petronas, warga Malaysia yang lahir pada bulan Ogos berpeluang mendapatkan tiket percuma untuk melawat Menara Berkembar Petronas.

Menurut status yang dimuat naik di laman Facebook Menara Berkembar Petronas, tawaran itu terhad satu tiket sahaja bagi setiap individu dengan syarat mereka perlu hadir ke kaunter informasi di menara berkenaan dan menunjukkan MyKad atau MyKid untuk menebus tiket. Individu yang layak boleh menentukan cadangan tarikh dan masa lawatan kepada staf bertugas namun bergantung kepada kekosongan waktu yang dipilh dengan konsep first come first served. 

Tiket itu membolehkan individu yang layak berkunjung ke Sky Bridge dan Obervation Deck di menara berkenaan.

Tawaran istimewa itu hanya terhad hingga 31 Ogos ini. — 15 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related