Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jabatan Penjara nafi Saifuddin Nasution terlibat urusan tender | Scoop

Jabatan Penjara nafi Saifuddin Nasution terlibat urusan tender

Semua proses perolehan perkhidmatan dan pembekalan dilaksanakan melalui Sistem ePerolehan bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tender kerajaan

7:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara menafikan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam urusan tender pembekalan kain penjara seperti yang ditularkan di media sosial.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua proses perolehan perkhidmatan dan pembekalan dilaksanakan melalui Sistem ePerolehan bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tender kerajaan.

“Tender berkenaan juga tertakluk kepada peraturan kewangan yang ditetapkan dan syarikat yang dibawa ke Lembaga Perolehan Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan telah melepasi penilaian peringkat Jawatankuasa Pembuka Tender, Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Jabatan Penjara, lembaga perolehan untuk tender itu juga telah bersidang pada 10 Julai lepas untuk memuktamadkan syarikat pembekal yang berjaya. 

“Oleh itu, tidak berlaku sebarang kelewatan dalam urusan tender ini,” katanya. — 15 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related