Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ramai sokong Idris Jusoh ‘bersuara’, desakan Zahid berundur luahan majoriti senyap ahli Umno | Scoop

Ramai sokong Idris Jusoh ‘bersuara’, desakan Zahid berundur luahan majoriti senyap ahli Umno

Pandangan ikhlasnya dan majoriti ahli Umno itu disuarakan atas dasar tanggungjawab kerana sayangkan parti

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Desakan agar Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur susulan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu adalah luahan majoriti senyap dalam parti itu.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh berkata, pandangan ikhlasnya dan majoriti ahli Umno itu disuarakan atas dasar tanggungjawab kerana sayangkan parti berkenaan.

“Bersuara (minta presiden berundur) untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai ahli parti,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kelmarin, veteran Umno itu menegaskan Zahid wajib bertanggungjawab terhadap prestasi buruk BN di enam negeri termasuk Terengganu.

Di Terengganu, BN gagal mempertahankan semua 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ia termasuk di kubu kuat dan tradisi Umno di Terengganu termasuk Telemung, Kijal, Kuala Besut Hulu Besut, Seberang Takir dan Jertih.

Dua bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Abdul Razif Abd Rahman juga tumbang mengejut di kawasan masing-masing. 

Sementara itu, tinjauan di Facebook mendapati rata-rata ahli Umno bersetuju dengan tindakan berani Idris mendesak Zahid supaya meletak jawatan sebagai presiden parti.

“Terima kasih Tan Sri atas keikhlasan bersuara. Realiti di bawah yang tiada kepentingan. Sekadar sayangkan Umno,” kata Shamlan.

“Saya sependapat dengan Tan Sri. Kami di peringkat bawahan akan buat usul dan desakan. Insya-Allah,” kata Khairul Anwar.

“Betul Tan Sri. Itulah yang patut dilakukan dari dulu lagi. Kasihan pada yang tak bersalah jadi mangsa,” kata Muhammad Azmi.

“Tan Sri cakap sebab dengar luahan suara yang kecewa dengan Zahid. Katanya lagi bergabung dengan DAP,” kata Zaiton Salleh. – 15 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related