Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MB Kedah angkat sumpah esok pagi | Scoop

MB Kedah angkat sumpah esok pagi

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah dalam satu surat jemputan hari ini memaklumkan majlis berkenaan akan diadakan di Balai Mengadap Besar di Istana Anak Bukit pada jam 9 pagi

4:11 PM MYT

 

ALOR SETAR — Menteri Besar Kedah dijadual mengangkat sumpah jawatan di Istana Anak Bukit di sini pagi esok.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah dalam satu surat jemputan hari ini memaklumkan majlis berkenaan akan diadakan di Balai Mengadap Besar di Istana Anak Bukit pada jam 9 pagi.

Bagaimanapun surat itu tidak menamakan siapa bakal dilantik sebagai Menteri Besar dalam kalangan wakil rakyat mewakili Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir semalam.

Sementara itu dalam satu jemputan berasingan, satu sidang media oleh Menteri Besar Kedah akan diadakan pada jam 11.30 pagi esok di Wisma Darul Aman.

PAS sebelum ini menamakan semula Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang. 

Namun Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang medianya malam tadi memaklumkan akan mengemukakan nama calon Menteri Besar dalam masa terdekat bagi mendapatkan perkenan daripada Sultan.

Sebelum ini terdengar ura-ura bahawa kepimpinan Sanusi sebagai Menteri Besar akan digantikan dengan beberapa nama lain. – 13 Ogos, 2023.

Topics

 

Hangat

Related