Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan akan diadakan esok | Scoop

Majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan akan diadakan esok

Gabungan PH dan BN memenangi 31 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di Negeri Sembilan pada PRN semalam

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Majlis angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di Istana Sri Menanti, Kuala Pilah, 3 petang esok.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Bagaimanapun beliau masih berteka-teki mengenai calon Menteri Besar itu.

Aminuddin memberitahu, beliau juga telah menghadap Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap di sini pagi tadi bagi memaklumkan situasi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini semalam.

“Esok baru tahu siapa Menteri Besar,” katanya kepada pemberita di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini.

Parti gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi 31 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Dengan kemenangan itu, ia sekali gus membentuk majoriti dua pertiga undi. Susulan kemenangan berkenaan, Aminuddin mengumumkan cuti peristiwa pada hari Isnin. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related