Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sanusi jamin PN Kedah akan berlaku adil, tak aniaya pembangkang | Scoop

Sanusi jamin PN Kedah akan berlaku adil, tak aniaya pembangkang

Tidak menganiaya dan berlaku adil sesama manusia adalah dituntut dalam Islam

11:26 AM MYT

 

ALOR SETAR — Kerajaan negeri Kedah yang kekal ditadbir Perikatan Nasional (PN) akan bersikap adil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu turut memberi jaminan tidak akan menganiaya sesiapa pun dan bersikap adil terhadap lawan selaras ajaran Islam.

“Kepada rakan-rakan dalam PH dan Barisan Nasional (BN), saya berjanji bahawa kerajaan negeri tidak akan menganiaya sesiapa. Kita akan berlaku adil dan berkasih sayang, kaya dengan sifat ihsan seperti mana dituntut Allah SWT.

“Seperti junjungan besar Nabi Muhammad SAW bawa kepada kita, Islam menjadi pedoman untuk kita bernegara dan melaksana kerja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS Kedah selepas PN mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) malam tadi.

PN menang besar di Kedah sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga selepas memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN.

Baki tiga lagi kerusi dikuasai PH iaitu Kota Darul Aman melalui DAP, selain Sidam dan Bakar Arang melalui PKR.

Ditanya faktor kemenangan 33 kerusi, Sanusi yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah bagi penggal kedua, berkata serangan berlebihan PH-BN akhirnya ‘memakan diri’.

“Rakan-rakan yang berada di Kedah dalam PH-BN seolah-olah membutakan mata, memekakkan telinga mereka terhadap pencapaian yang telah dibuat dalam tiga tahun ini, (mereka ) telah dihukum oleh rakyat

“Sebenarnya orang (rakyat) nampak, pasai apa hangpa tak nampak,” katanya.

Beliau juga memaklum memerlukan sedikit masa bagi penyusunan barisan pentadbiran kerajaan negeri.

“Penyusunan kerajaan akan ditentukan oleh parti, tak boleh buat apa-apa komen malam ini, kalau wartawan tanya pun.. tunggu sat (sekejap) dulu.

“Saya juga memerlukan sokongan dan dokongan semua untuk meneruskan saki baki perjuangan yang bersabit daripada pilihan raya ini iaitu beberapa kes mahkamah dan saman ratusan juta.

“Kita juga tidak akan menyerah begitu saja, apa sahaja yang dihadapkan kepada kita di depan dengan keyakinan seluruh rakyat, kita hadapi apa sahaja rintangan melanda,” katanya.

Sanusi juga berharap wakil rakyat yang dipilih dapat menunaikan tanggungjawab dan janji serta menjauhi amalan negatif yang menjadi kebencian rakyat. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related