Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dua bekas pemain bola sepak negara menang dalam PRN | Scoop

Dua bekas pemain bola sepak negara menang dalam PRN

Baddrol Bakhtiar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun manakala Muhamad Radhi Mat Din menawan kerusi DUN Alor Mengkudu

11:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua bekas pemain bola sepak negara Baddrol Bakhtiar dan Muhamad Radhi Mat Din yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah yang diadakan hari ini.

Baddrol yang merupakan bekas ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dengan memperoleh sebanyak 17,771 undi.

Bekas pemain tengah skuad Harimau Malaya berusia 35 tahun itu, mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Mohammed Firdaus Johari yang meraih 11,187 undi.

Sementara itu, Muhamad Radhi yang merupakan legenda bola sepak Kedah, mengalahkan Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu, dengan majoriti 10,104 undi.

Muhamad Radhi memperoleh 18,936 undi, manakala Mahfuz yang juga Naib Presiden Amanah meraih 8,832 undi.

Muhamad Radhi sebelum ini pernah membuat kemunculan sulung di pentas politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, namun kalah ketika bertanding atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS), di Parlimen Pokok Sena. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related