KUALA LUMPUR – Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi tiba untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 9.40 pagi ini.
Anak jati Shah Alam itu tiba bersama isteri, Syahira Razak dengan berjalan kaki sejauh beberapa ratus meter, sebelum kehadirannya disedari petugas media.
Sebelum melepasi pintu pagar untuk ke saluran mengundi, beliau dilihat bersalaman dengan kakitangan keselamatan di situ dan menegur petugas media.
“Assalamualaikum,” katanya sambil tersenyum.
Beliau dilihat selesai mengundi 20 minit kemudian dan bersalaman dengan orang ramai sebelum bergerak pulang.
Selain Najwan, DUN Kota Anggerik yang menyaksikan persaingan tiga penjuru, ditandingi calon PN, Mohamed Sukri Omar dan calon Muda, Azad Akhbar Khan. – 12 Ogos, 2023