Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kedah cuti peristiwa pada Ahad jika PN bentuk kerajaan | Scoop

Kedah cuti peristiwa pada Ahad jika PN bentuk kerajaan

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan perkara itu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mana rakyat akan memilih dalam pengundian esok

11:02 PM MYT

 

ALOR SETAR — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini jika Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan.

Beliau dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan perkara itu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mana rakyat akan memilih dalam pengundian esok.

“Makluman kepada seluruh rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang dikasihi.

“Kerajaan Negeri Kedah akan mengumumkan cuti peristiwa pada hari Ahad (13 Ogos 2023) jika Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan pada 12 Ogos,” katanya.

Seramai 1.56 juta pengundi akan menunaikan tanggung jawab mengundi pada PRN Kedah Ke-15 bagi memilihan kepimpinan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang. — 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related