Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Terengganu umum Ahad cuti peristiwa | Scoop

Terengganu umum Ahad cuti peristiwa

Kerajaan negeri juga berharap pengumuman ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam proses demokrasi itu esok

9:25 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cuti pada 13 Ogos itu bagi memudahkan pengundi luar yang bekerja di negeri ini pulang ke kampung halaman masing-masing di Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang untuk mengundi.

“Cuti ini juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negeri pada hari pengundian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya kerajaan negeri juga berharap pengumuman ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam proses demokrasi itu esok. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related