Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Syahir terima kecaman netizen, dikatakan lebih banyak berpolitik dari sampaikan hujah | Scoop

Syahir terima kecaman netizen, dikatakan lebih banyak berpolitik dari sampaikan hujah

Netizen menganggap Syahir mempunyai kelemahan dari sudut penyampaian, tidak menjawab soalan dan belum bersedia untuk berdepan dengan Rafizi Ramli

1:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menerima kecaman daripada netizen apabila didakwa menggunakan platform Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia untuk berpolitik berbanding menyampaikan hujah secara lebih berkesan dan mendalam.

Netizen menganggap Syahir mempunyai kelemahan dari sudut penyampaian, tidak menjawab soalan, perlu banyak membaca serta masih belum bersedia untuk berdepan dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang diakui lebih tinggi ilmunya dalam bidang ekonomi.

Dalam debat yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani itu, Syahir telah menggariskan matlamat Model Ekonomi Baharu sebagai fokus kerana perkara itu dilihat kekurangan paling jelas dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

“Tun Razak (bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak) telah meletakkan national unity sebagai matlamat Dasar Ekonomi Baharu (DEB). Maka hari ini, saya meletakkan national unity atau kestabilan nasional sebagai matlamat utama.

“Mengapa? Kerana kestabilan nasional adalah suatu unsur yang semakin pupus. Dunia mengalami pertembungan kuasa-kuasa besar di rantau kita ini. Kita semakin tersepit. Bak kata seorang Menteri terdahulu, elephant fight elephant,” katanya sewaktu berhujah dalam debat tersebut.

Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia antara Rafizi Ramli dan Mohd Syahir Che Sulaiman disiarkan secara langsung oleh RTM dan Astro Awani malam tadi. – Gambar Scoop, 10 Ogos, 2023

Sewaktu diwawancara usai debat tersebut, Syahir memberitahu beliau berpuas hati apabila dapat menyampaikan isi hujahnya itu.

“Puas hatilah. Asalnya saya tak nak berdebat. Saya dari sekolah tak suka berdebat. Kalau kawan berdebat saya lari.

“Tapi kali ini ada peluang untuk saya sampikan mesej saya, idea saya dan isi hati rakyat dan saya  sampaikan apa yang saya nak sampaikan,” jelasnya.

Syahir juga akui sedia berdepan dengan pelbagai respon daripada netizen.

“Orang politik dalam masa orang memuji dan senyum pada kita, jumlah yang sama akan marah kutuk dan fitnah kita. Itu saya dah terima. Saya sekarang dah jadi public figure. Tiada privacy dah.

“Anak, family, wife pun sama. Banyak pengorbanan, tapi saya sedia hadapi. Saya punya Twitter yang puji ramai, yang kutuk dan bahan pun ramai. Itu makanan,” jelasnya. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related