Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
ADUN, Exco diwajib isytihar harta jika PH tadbir Kedah | Scoop

ADUN, Exco diwajib isytihar harta jika PH tadbir Kedah

Rumah Transit juga akan diwujudkan kepada anak muda di negeri berkenaan dengan kadar sewa berpatutan

4:23 PM MYT

 

ALOR SETAR – Teras manifesto Kerajaan Perpaduan Kedah Madani akan mewajibkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk Menteri Besar dan Exco mengisytihar harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua tahun.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu akan dilaksanakan sekiranya PH diberikan mandat sebagai Kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Katanya, gabungan itu juga akan menubuhkan lebih ramai anggota Jawatankuasa Pilihan Khas di peringkat DUN dan memastikan EXCO kerajaan negeri dibarisi oleh sekurang-kurangnya dua wakil anak muda.

“Program Perumahan Sewa-Untuk-Miliki (Rent-to-Own) turut akan diperkenalkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), bagi memberi peluang kepada keluarga muda memiliki rumah pertama.

“Kerajaan Perpaduan Kedah Madani juga akan mewujudkan Rumah Transit kepada anak muda yang layak dengan kadar sewa berpatutan di kawasan strategik.

“Turut dilaksanakan ialah program perumahan kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik untuk golongan B40 serta M40 di bandar atau pinggir bandar, berasaskan keperluan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mahdzir berkata, program Kasih Ibu Darul Aman juga akan diperkenalkan semula untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

“Program ini akan diperkenalkan melalui pembelian barangan keperluan asas bulanan dan rawatan kesihatan.

“Program itu turut menekankan bimbingan latihan kemahiran dan keusahawanan, selaras dengan usaha Kerajaan Perpaduan dalam menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negeri berkenaan,” katanya. – 8 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related