Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Isu REE: Saifuddin setuju tapi Sanusi tolak pelawaan debat | Scoop

Isu REE: Saifuddin setuju tapi Sanusi tolak pelawaan debat

Susulan itu, Amin meminta orang ramai supaya menghormati keputusan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN)

11:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hasrat untuk menyaksikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkongsi pentas debat berhujah mengenai isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di kaca televisyen tidak kesampaian.

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris yang menawarkan platform debat tersebut memaklumkan Saifuddin bersetuju tetapi Sanusi menolak pelawaan berkenaan.

“Sepertimana semua sedia maklum, saya tawarkan platform debat dengan saya sebagai moderator bagi pihak Sanusi dan Saifuddin bertujuan masing-masing berdepan membawa hujah berbanding jaguh hanya di depan penyokong. Biarkan rakyat menilai. Itu sahaja.

“Pihak Saifuddin sudah bersetuju. Alhamdulillah. Tadi saya follow up dengan pegawai Sanusi dan dia memaklumkan beliau tidak setuju untuk hadir,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Susulan itu, Amin meminta orang ramai supaya menghormati keputusan Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN).

“Saya ucap terima kasih kepada kedua-dua pihak yang bekerjasama dengan baik sekali memberi respons. Saya doakan yang terbaik untuk Datuk Seri Muhammad Sanusi dan Datuk Seri Saifuddin,” katanya.

Pada Khamis lalu, pengacara itu menawarkan diri untuk mempertemukan Saifuddin dan Sanusi di pentas debat.

Amin berkata, tawaran itu diberikan selepas melihat Sanusi diasak bertalu-talu dalam isu kecurian REE di Kedah.

Jelasnya, Amin Idris Show yang disiarkan di media sosial mencadangkan tarikh debat pada 7 Ogos depan atau bergantung persetujuan kedua-dua pihak. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related