Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Henti dedah isu REE Kedah bukan satu pilihan, saya pun ada ‘peluru besaq’ | Scoop

Henti dedah isu REE Kedah bukan satu pilihan, saya pun ada ‘peluru besaq’

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak gentar dengan ugutan pendedahan ‘bom atom’dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

1:15 PM MYT

 

JITRA – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan menghentikan kenyataan pendedahan berkait isu unsur nadir bumi (REE) bukan satu pilihan kerana ia membabitkan aset negeri Kedah.

Menteri Dalam Negeri itu memaklumkan tidak gentar dengan ugutan pendedahan ‘bom atom’ dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sebaliknya beliau juga mempunyai ‘peluru besar’ dalam membongkar isu itu.

“Dia jangan fikir dia saja ada (bom atom). Saya pun ada, ini belum habis lagi ni (pendedahan). Dia juga tahu apa yang saya ada, saya yakin dia pasti tahu.

“Motif pendedahan dia sebenar kata (Datuk Seri) Anwar ada bawa Riza Chalid memohon. Dia (Sanusi) cuba untuk menunjukkan motif itu, itu cerita dia, berbeza pendedahan saya. Saya tunjuk surat, gambar semua bukti pendedahan mengenai curi (REE) berbanding apa yang dia sebut.

“Tapi menghentikan benda ini (pendedahan) bukan satu pilihan, dia minta pakat berhenti keluar kenyataan, jangan serang dia. Eh, ini aset kerajaan negeri Kedahlah.

“Jadi kalau setakat peluru besar itu jangan sembang. Saya pun ada peluru. Bagitau dia (Sanusi) peluru saya besaq (besar) juga,” katanya pada sidang media khas di bilik gerakan utama PKR di sini, hari ini.

Sanusi dalam satu ceramah di sini malam tadi mahu isu berkait REE itu dihentikan Saifuddin, malah memaklumkan akan membalas dengan pendedahan lain sekiranya kenyataan mengenainya masih diteruskan Setiausaha Agung PKR itu.

Selain itu Saifuddin Nasution berkata, Sanusi secara peribadi melawat kawasan didakwa lokasi perlombongan haram di Hutam Simpan Bukit Enggang, Sik pada 19 Februari lalu, namun tiada tindakan serius diambil kerajaan negeri selepas kunjungan itu.

“Selain itu penafian oleh Menteri Besar mengenai pengetahuan terdahulu kecurian REE itu menimbulkan kebimbangan serius tentang ketelusan dan akauntabiliti,” katanya.

Beliau hari ini turut menunjukkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkait syarikat Prospek Suria (Kedah) Sdn Bhd yang menunjukkan maklumat termasuk warga China, So Loi Fat sebagai pengerusi syarikat yang ditubuhkan pada 27 November 2019.

“Sanusi kata So Loi Fat ini sudah lama ada di Kedah sebelum dia jadi menteri besar, itu betul.

“Loi Fat ketika itu keluar masuk menggunakan pas lawatan sosial, namun surat Sanusi kepada Kementerian Dalam Negerilah yang membolehkan Lai Fat masuk sebagai pemegang pas lawatan Ikhtisas

“ Dia (Loi Fat) juga ada jawatan dan pegang saham dalam Prospek Suria (Kedah) yang mana Muhammad Sobri Osman adalah ketua eksekutifnya.

“Mana mungkin Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah buat keputusan tubuhkan syarikat Prospek Suria Kedah melainkan dia telah melaporkan kepada panel penasihat MBI.

“Jadi saya kata bahawa Sanusi tahu semua operasi ini, penglibatan Loi Fat yang sekarang menghilangkan diri, bertemu dan bergambar selain kisah buku mengenai REE diceritakan Loi Fat. Jadi dia (Sanusi) tahu,” katanya. – 3 Ogos, 2023.

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related