Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mogok lapar ahli keluarga tahanan Sosma berakhir petang semalam, ‘Saya bimbang…’ | Scoop

Mogok lapar ahli keluarga tahanan Sosma berakhir petang semalam, ‘Saya bimbang…’

Tindakan mogok lapar itu ditamatkan selepas Ramkarpal Singh bertemu mereka semalam

10:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga kepada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) sudah menamatkan tindakan mogok lapar yang dilakukan di perkarangan Penjara Sungai Buloh, Selangor pada jam 2 petang semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, ia susulan pertemuannya dengan tahanan dan ahli keluarga mereka di penjara tersebut, semalam.

“Hasil penerangan saya kepada banduan serta ahli keluarga mereka, tindakan mogok lapar tersebut ditamatkan sekitar jam 2petang semalam.

“Saya amat bimbang akan keadaan kesihatan mereka dan bersyukur apabila melihat mereka makan dan minum,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Jelas beliau, cadangan penambahaikan Sosma 2012 sedang diteliti Bersama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara.

Justeru, katanya, usaha-usaha meneliti penambahbaikan kepada Sosma 2012 itu mengikut kesesuaian semasa dan sedang berjalan.

“Saya yakin syor berhubung penambahbaikan itu akan diangkat untuk pertimbangan kerajaan dalam masa terdekat.

“Proses reformasi undang-undang mengambil masa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan keluarga kepada 69 tahanan Sosma melancarkan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh bermula Isnin.

Sementara itu, seramai 34 banduan Sosma di penjara tersebut turut memulakan mogok lapar pada Ahad lalu dan diikuti ahli keluarga tahanan sehari kemudian. – 3 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related