Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sanusi dakwa difitnah bawa masuk warga China, sedia saman Saifuddin lagi | Scoop

Sanusi dakwa difitnah bawa masuk warga China, sedia saman Saifuddin lagi

Sanusi memaklumkan tidak pernah bertemu ‘Riza Chalid’ yang dibawa Perdana Menteri

8:19 PM MYT

 

ALOR SETAR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan tidak teragak-agak untuk sekali lagi menyaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, jika beliau berterusan difitnah membawa masuk individu warga China berkait isu melombong unsur nadir bumi (REE).

Menteri Besar Kedah itu menegaskan, beliau tidak mengetahui siapa pihak sebenar yang membawa masuk individu berkenaan.

“Dia (warga China) mai (datang) sebelum saya ada sini (jadi Menteri Besar). Saya tak tahu (siapa yang bawa), kemudian fitnah kata saya bawa masuk.

“Kalau berlanjutan (fitnah) saya saman (Saifuddin) sekali lagi, biar penuh saman dalam kotak,” katanya kepada pemberita selepas program Sembang Santai bersama MB Kedah di Flat Alor Malai di sini, hari ini.

Sebelum ini, Sanusi memberitahu pihaknya sudah menghantar notis tuntutan kepada Saifuddin kerana didakwa memfitnahnya berhubung dua isu berasingan.

Beliau berkata, surat tuntutan itu berkaitan dakwaan Saifuddin bahawa beliau mencuri REE di Kedah dan menuduhnya menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) sebanyak RM1.6 bilion untuk tujuan lain.

Dalam pada itu, Sanusi memaklumkan tidak pernah bertemu dengan warganegara Indonesia dikenali ‘Riza Chalid’ yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meninjau tapak lombong REE sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Tak pernah jumpa, saya dihubungi oleh pihak-pihak dia,” katanya.

Ditanya sama ada sebarang surat permohonan diterima bagi penerokaan REE oleh individu terbabit, Sanusi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh nak dedahkan lebih-lebih sangat… itu saja,” katanya.

Pada ceramah di Padang Terap malam tadi, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa, terdapat seorang individu dari Indonesia menyatakan hasrat mahu membeli tanah mempunyai REE di negeri berkenaan. – 2 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related