Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Saya tak reti nak berpolitik: NJWA Mahiaddin | Scoop

Saya tak reti nak berpolitik: NJWA Mahiaddin

Biarpun dilahirkan sebagai anak Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun NJWA lebih meminati bidang seni

10:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Saya tak reti nak berpolitik”, itu jawapan NJWA Mahiaddin ketika ditanya sama ada dia berminat untuk mengikut jejak langkah bapanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menceburi diri dalam bidang politik.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Senyum’ ini, biarpun dilahirkan sebagai anak tokoh politik berpengaruh, minatnya tidak pernah ke arah politik sebaliknya cintanya adalah terhadap bidang seni yang kian menebal.

“Memang jiwa saya jiwa seni. Keluarga saya sangat memahami bahawa saya tidak berminat dengan dunia politik. Mereka juga sangat menyokong kerjaya seni saya. Dari awal mereka sudah tahu bahawa saya meminati bidang seni.

“Bila saya masuk universiti pun saya belajar dalam bidang muzik. Jadi saya tak pernah rasa tertekan untuk ikut jejak langkah bapa saya,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Rahsia.

Beralih ke soal kerjaya seni, selepas lama menghilang dari radar seni, NJWA kini muncul dengan lagu terbaru berjudul Alunan Lara yang dicipta sepenuhnya oleh NJWA sendiri untuk dijadikan runut bunyi filem Rahsia.

“Selepas melahirkan anak, saya banyak menumpukan perhatian kepada anak, malah ketika hamil dulu pun saya rasa macam malas nak menyanyi. Tetapi kini saya kembali dan akan muncul dengan beberapa projek lain selepas ini,” ujarnya. – 2 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Related