Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jamil guna pengalaman KSU untuk tarik pengundi, tolak dakwaan pelancong pilihan raya | Scoop

Jamil guna pengalaman KSU untuk tarik pengundi, tolak dakwaan pelancong pilihan raya

Datuk Seri Jamil Salleh menyangkal dakwaan beliau adalah orang luar dan dilabel sebagai 'pelancong' bagi kawasan tersebut

12:52 PM MYT

 


DENGKIL – Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Jamil Salleh berkata beliau masih mempunyai hubungan rangkaian di peringkat kerajaan pusat justeru ia merupakan satu kelebihan untuk membangunkan kawasan DUN Dengkil.

Jamil, yang merupakan calon DUN Dengkil mewakili Perikatan Nasional (PN) memberitahu, beliau juga akan menggunakan pengalaman bertugas di KPDNHEP dan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Ini merupakan pengimbang untuk saya memberi pelbagai idea serta teguran bagi memastikan segala perancangan kerajaan berada di landasan yang betul.

“Kita bukan bercakap kosong tetapi berdasarkan fakta. Saya masih ada hubungan dan rangkaian di peringkat kerajaan dan kelebihan ini dapat dimanfaatkan bagi membangunkan kawasan Dengkil dan Selangor,” katanya kepada Scoop, di sini.

Datuk Seri Jamil Salleh bersama penduduk setempat – Gambar Scoop, 31 Julai 2023

Selain Jamil, DUN Dengkil menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu Noorazli Said daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Daud Leong Abdullah dari Parti Utama Rakyat (PUR) serta wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), Darren Ong.

Dalam pada itu, Jamil menyangkal dakwaan beliau adalah orang luar dan dilabel sebagai ‘pelancong’ bagi kawasan tersebut.

Sambil menyifatkan ia adalah tuduhan yang tidak berasas oleh pihak yang tidak berpuas hati, yang cuba menjadikan ia sebagai peluru politik semata-mata mencipta persepsi negatif terhadap PN.

“Selain mahir dengan kawasan DUN ini, saya telah menetap di sekitar Lembah Klang ketika berkhidmat dalam kerajaan selama lebih 40 tahun. Jadi, saya sudah sangat biasa dengan Selangor, khususnya di Dengkil,” katanya.

Dalam pada itu, bagi mempertahankan kerusi DUN Dengkil yang dimenangi Bersatu, Jamil memberitahu beliau komited untuk turun padang bagi memastikan PN mampu mempertahankan kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Saya mempunyai pasukan sendiri iaitu ‘DSJ’ (Datuk Seri Jamil) yang terdiri daripada penduduk di kawasan berkenaan di samping dibantu oleh pasukan DSJ dari luar,” katanya. – 31 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related