Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jeritan ‘Doraemon’ kedengaran ketika nama Rina Harun diumum calon | Scoop

Jeritan ‘Doraemon’ kedengaran ketika nama Rina Harun diumum calon

Meskipun jeritan itu agak kuat, Rina kelihatan tidak terkesan dengan perkara itu

12:19 PM MYT

 

SHAH ALAM – Suasana penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga ‘kecoh’ apabila seorang individu menjerit ‘Doraemon’ ketika nama calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Mohd Harun diumum.

Panggilan itu kedengaran ketika pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyebut nama Rina sebagai seorang daripada calon di DUN berkenaan.

“(Calon) Kedua, Rina Binti Mohd Harun…” kata pegawai itu, sebelum disambut dengan jeritan ‘Doraemon’ oleh individu terbabit.

Ketika pegawai itu meneruskan kata-katanya, kedengaran jeritan sama dilontarkan.

Meskipun jeritan itu agak kuat, Rina kelihatan tidak terkesan dengan perkara itu dan kekal tersenyum.

Doraemon adalah kartun robot kucing yang menjadi penjaga kanak-kanak dan merupakan watak utama dalam siri Doraemon.

Selain Rina, DUN Batu Tiga menyaksikan dua calon lain, masing-masing Danial Al Rashid dari Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syaitdiyah Izzati Nur Razak. – 29 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related