Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Datuk ditahan bersama wang tunai RM38 juta, emas seberat 200kg dan 17 kereta mewah | Scoop

Datuk ditahan bersama wang tunai RM38 juta, emas seberat 200kg dan 17 kereta mewah

Operasi yang diberi nama Op 82S itu merupakan kes pertama yang dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara.

5:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah wang tunai bernilai kira-kira RM38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai RM60 juta serta 17 kereta mewah termasuk Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz  telah disita dalam operasi Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia Force (MATF) yang diadakan pada Isnin lalu.

Susulan serbuan itu, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya telah ditahan dalam operasi yang diadakan secara besar-besaran oleh MATF diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, operasi berkenaan diadakan serentak di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor, melibatkan 315 pegawai pelbagai agensi.

Sebahagian kereta mewah dan wang tunai yang dirampas pasukan petugas. – Gambar dari sumber, 26 Julai, 2023

“Operasi yang diberi nama Op 82S itu merupakan kes pertama yang dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara.

“Enam agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM) turut mengambil bahagian,’’ katanya.

Sebahagian daripada 17 kereta mewah yang dirampas dalam operasi pada Isnin lalu. – Gambar dari sumber, 26 Julai, 2023

Semalam, media melaporkan seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun telah ditahan SPRM, dipercayai terlibat dengan dana meragukan bernilai lebih RM500 juta.

Individu berkenaan ditahan selepas dipanggil SPRM bagi membantu siasatan pada Selasa.

Emas-emas ini dirampas dalam operasi yang diadakan serentak di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor, melibatkan 315 pegawai pelbagai agensi. – Gambar sumber, 26 Julai, 2023

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967. – 26 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related