Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRN Selangor: DAP pertaruh 6 muka baharu, Ean Yong digugurkan | Scoop

PRN Selangor: DAP pertaruh 6 muka baharu, Ean Yong digugurkan

Kebanyakan calon yang diperkenalkan di bawah umur 50 tahun. Malah tidak ada seorang pun calon melebihi usia 60 tahun

2:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP akan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, daripada 15 calon yang dipertaruhkan, enam terdiri daripada muka baharu.

Menurut beliau, enam muka baharu itu ialah Yew Jia Haur (Teratai), Ong Chun Wei (Balakong), Quah Perng Fei (Bandar Baru Klang), Preakas Sampunathan (Kota Kemuning), Papparaidu Veraman (Banting) dan Lwi Kian Keong (Sungai Pelek).

Katanya, lapan lagi calon iaitu Ng Suee Lim (Sekinchan), Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baharu), Ng Sze Han (Kinrara), Michelle Ng Mei Sze (Subang Jaya), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing), Lim Yi Wei (Kampung Tunku), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama) dan Leong Tuck Chee (Pandamaran) akan mempertahankan kerusi DUN masing-masing.

“Kebanyakan calon yang diperkenalkan di bawah umur 50 tahun. Malah tidak ada seorang pun calon melebihi usia 60 tahun.

“(Calon) Paling senior dalam kalangan calon ini ialah Lee Kee Hiong berumur 57 tahun, manakala (calon) paling muda Michelle Ng Mei Sze, 33 tahun. Dan kita ada tiga calon berumur 34 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media memperkenalkan calon DAP yang akan bertanding pada PRN Selangor akan datang, hari ini.

Sementara itu, seperti dijangka Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan sejak 2008, digugurkan sebagai calon pada PRN kali ini.

DAP memutuskan untuk mempertaruhkan penyandang DUN Balakong, Wong Siew Ki bagi menggantikan Ean Yong di kerusi tersebut.

Menjelaskan mengenai keputusan itu, Loke berkata, Ean akan dicadangkan sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang. – 24 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related