Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri | Scoop

Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri

Setakat ini tiga individu termasuk isteri kepada pelawak berkenaan telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes penipuan tawaran bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah membabitkan isteri kepada seorang pelawak.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.

“Permohonan reman akan dibuat hari ini di Mahkamah Kajang bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setakat ini tiga individu termasuk isteri kepada pelawak berkenaan telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit. 

Media sebelum ini melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun berhubung dakwaan kes penipuan bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah membabitkan suaminya.

Hussein dilapor berkata mangsa berjumpa dengan seorang wanita berusia 28 tahun pada Disember tahun lepas bagi membincangkan mengenai masalah yang dihadapi suaminya dan ditawarkan bantuan untuk menurunkan seksyen kesalahan di mahkamah.

Mangsa kemudian membuat bayaran berjumlah RM95,180 ke dalam dua akaun bank, namun gagal mendapatkan bantuan yang dijanjikan suspek. – 30 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related