Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Proses permit masuk bagi pasangan warganegara ditambah baik | Scoop

Proses permit masuk bagi pasangan warganegara ditambah baik

Pelaksanaan kesemua inisiatif berkenaan akan bermula selewat-lewatnya pada 30 September ini

8:43 PM MYT

 

PUTRAJAYA  – Penyelarasan tempoh perkahwinan, pemendekan tempoh pemprosesan dan pengecualian penilaian sistem mata antara langkah penambahbaikan dalam proses permohonan permit masuk, khususnya bagi kategori pasangan kepada warganegara. 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasangan kepada warganegara yang memohon permit masuk perlu mencapai tempoh minimum tiga tahun perkahwinan dan memegang Pas Lawatan (Sosial) selama sekurang-kurangnya setahun. 

“Ini bertujuan memastikan proses permohonan lebih teratur dan relevan dengan keperluan institusi kekeluargaan.

“Piagam Pelanggan telah diperkemas dengan menetapkan tempoh pemprosesan permohonan baharu kepada enam bulan, memberikan kepastian kepada pemohon dan mempercepatkan prosedur,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, KDN akan mengecualikan pelaksanaan sistem mata bagi kategori pasangan warganegara, sebaliknya faktor seperti tempoh perkahwinan serta bilangan anak akan diambil kira dalam mempertimbangkan kelulusan bagi memelihara kebajikan keluarga yang sah dan tulen.

Pelaksanaan kesemua inisiatif berkenaan akan bermula selewat-lewatnya pada 30 September (suku ketiga tahun 2025).

KDN memaklumkan penambahbaikan itu adalah selari dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan dasar-dasar yang adil dan efisien dilaksanakan demi kebajikan semua pihak.

“Ia juga mencerminkan komitmen KDN dalam mendukung institusi kekeluargaan, dan dengan langkah-langkah ini, KDN yakin ia akan dapat meningkatkan kepercayaan terhadap sistem permohonan permit masuk dan memberikan manfaat kepada semua pihak berkepentingan,” menurut kenyataan itu. – 29 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related