Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis serah isu jenaka ‘ham’ pada AGC esok: Razarudin | Scoop

Polis serah isu jenaka ‘ham’ pada AGC esok: Razarudin

Polis telah mengambil keterangan daripada seorang wanita berusia 64 tahun yang meninggalkan komen di akaun Facebook milik pelawak tersebut

7:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan menyerahkan kertas siasatan berhubung isu jenaka melibat isu jenaka ‘ham’ yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa menghina agama Islam kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) esok.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pihaknya juga sudah selesai merakam keterangan daripada seorang wanita berusia 64 tahun yang dipercayai meninggalkan komen di akaun Facebook milik pelawak dan pelakon, Harith Iskander.

Jelasnya, 21 soalan diajukan kepada suspek yang juga pesara jururawat dan dia mengaku memuatnaik komen seperti yang disiasat.

“Suspek menyatakan tujuan menulis komen tersebut adalah sebagai reaksi balas terhadap hantaran pelawak dan pelakon itu yang keliru dengan perkataan ‘ham’. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad SIM Maxis,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Jumaat lepas, polis telah mengambil keterangan seorang pelawak dan pelakon berusia 54 tahun yang memuat naik hantaran dan sekeping gambar menunjukkan segelas kopi bernama ham sap kopi berharga RM5.50.

Pelakon itu didakwa memuat naik hantaran tersebut ketika kontroversi status halal sandwich ham and cheese baru-baru ini yang dikatakan membuka ruang untuk mempersendakan agama Islam dan nama Nabi Muhammad SAW.

Polis telah menerima 16 laporan di seluruh negara dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Cecilia Yap Song KL memohon maaf berhubung komen balasnya pada hantaran Facebook Harith Iskander berkaitan isu ‘ham’ baru-baru ini.

Cecilia menerusi kenyataan dikeluarkan firma guaman yang mewakilinya, Saibullah M.V. Nathan & Co, memohon maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan hantaran terbabit.

Dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi selain memberikan kerjasama penuh kepada polis. – 27 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related