Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pemilihan PKR lebih inklusif, penambahbaikan termasuk e-voting, kuota gender dan etnik | Scoop

Pemilihan PKR lebih inklusif, penambahbaikan termasuk e-voting, kuota gender dan etnik

Pemilihan di semua peringkat akan tamat tempohnya pada 17 Mei ini

2:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melaksanakan pemilihan parti di semua peringkat dengan pelbagai penambahbaikan untuk memastikan proses yang lebih telus dan inklusif.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, pemilihan itu akan memberikan tumpuan kepada undian secara elektronik (e-voting) bagi memudahkan proses dan meningkatkan kecekapan.

Jelasnya, pemilihan di semua peringkat akan tamat tempohnya pada 17 Mei ini.

“Baru-baru ini kita meluluskan di Kongres Khas Pindaan Perlembagaan di mana jumlah perwakilan itu bertambah kepada 30,000,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Beliau berkata demikian ketika memantau harga sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina di Econsave Scott Garden, semalam.

Pada 15 Disember lalu, PKR telah meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti untuk memperbaiki proses pemilihannya.

Pindaan tersebut mendapat sokongan penuh lebih dua pertiga perwakilan dalam Kongres Nasional Khas Keadilan.

Fuziah sebelum ini dilaporkan berkata sistem semasa, yang ingin diperbetulkan oleh pindaan tersebut, sering menjejaskan integriti proses pengundian, kerana ahli di peringkat akar umbi tidak mengetahui dengan terperinci mengenai calon dan sebaliknya akan mengundi berdasarkan keakraban atau mengikut kem.

Bendahari parti William Leong sebelum ini memberitahu Scoop bahawa sistem ‘satu ahli, satu undi’ PKR mempunyai kekurangan yang perlu diperbetulkan sambil mengekalkan prinsip demokrasi organisasi.

Dalam pada itu, Fuziah menegaskan PKR akan memperuntukkan kuota khas untuk gender dan etnik dalam pemilihan kali ini bagi memastikan keterangkuman yang lebih menyeluruh.

Beliau juga memaklumkan bahawa pemilihan parti dijangka tidak bertembung dengan Pilihan Raya Negeri Sabah yang tempoh tamatnya pada hujung September ini.

“Besar kemungkinan tidak bertembung, tetapi sekiranyanya bertembung kita lihat bagaimana keadaannya nanti,” ujarnya. – 26 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Related