Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Tak masuk akal, jangan ganggu periuk nasi kami yang ikut syarat’ penganjur bidas ujian air kencing | Scoop

‘Tak masuk akal, jangan ganggu periuk nasi kami yang ikut syarat’ penganjur bidas ujian air kencing

Masalah penyalahgunaan dadah sering dikaitkan dengan pengunjung konsert EDM berbanding genre muzik lain

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor tidak seharusnya mengganggu ‘periuk nasi’ penganjur konsert yang membuat perkara yang betul dengan menganjurkan konsert mengikut syarat dan garis panduan ditetapkan dengan mencadangkan ujian air kencing kepada pengunjung.

Penganjur konsert yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim ketika dihubungi Scoop berkata, masalah membabitkan penyalahgunaan dadah seringkali dikaitkan dalam kalangan pengunjung konsert DJ atau muzik tarian elektronik (EDM) sahaja.

Justeru Shirazdeen mempersoalkan kenapa konsert artis atau genre muzik lain yang tidak pernah ada masalah, kini menjadi mangsa.

Tegasnya, cadangan kerajaan Selangor supaya ujian air kencing dijadikan sebagai antara prosedur operasi standard (SOP) kepada pengunjung mana-mana konsert disifatkan sebagai tidak praktikal.

“Syor ini tidak praktikal langsung, tak masuk akal, katakanlah kita nak buat konsert untuk 10,000 orang, takkan mereka nak datang awal-awal pagi semata-mata untuk buat ujian itu sebelum dibenarkan masuk ke konsert,

“Jadi jangan kata 10,000, nak buat ujian untuk 1,000 pengunjung pun belum tentu boleh berjaya, ditambah dengan kos tinggi nanti langsung mereka tidak datang ke konsert.

“Malah kalau dilihat masalah membabitkan penyalahgunaan dadah ini selalunya pada konsert atau acara membabitkan DJ atau musik EDM.

“Jadi kenapa nak jadikan konsert-konsert artis atau genre muzik lain yang tidak pernah ada masalah atau kejadian membabitkan penyalahgunaan dadah atau kematian kerana dadah sebagai mangsa,” katanya kepada Scoop.

Shiraz Projects pernah menjadi penganjur konsert artis-artis terkenal termasuk Datuk Jamal Abdillah, Wings, Penyanyi versatil Indonesia, Tulus, Pamungkas dan banyak lagi.

Terdahulu kerajaan Selangor mengesyorkan ujian air kencing dijadikan sebagai antara SOP kepada pengunjung dalam usaha mengelakkan sebarang penglibatan dan pengambilan dadah ketika penganjuran konsert di negeri itu.

Ia susulan kejadian sambutan ambang tahun baharu yang mana empat pengunjung sebuah konsert meninggal dunia di Bandar Sunway, Subang Jaya, dipercayai mengambil dadah ekstasi.

Namun Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim dalam satu kenyataan semalam tampil menjelaskan bahawa cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert itu hanya kepada individu yang kelihatan mencurigakan sahaja.

Beliau berkata, pentadbiran negeri Selangor menyatakan cadangan tersebut adalah sebahagian daripada langkah awal bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang menghadiri acara hiburan di Selangor.

“Sekiranya terdapat individu yang membawa barangan larangan seperti bahan terlarang atau dadah, pihak berkuasa dengan kerjasama polis, berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Selain itu, Shirazdeen berkata, sekiranya perkara itu dijadikan syarat oleh kerajaan negeri, kemungkinan selepas ini tidak ada penganjur yang hendak menganjurkan konsert lagi di Selangor.

“Kita kena cari punca sebenarnya, adakah disebabkan DJ, adakah kerana konsert atau sebenarnya masalah dadah yang besar di negara kita hingga memudahkan untuk mendapatkan bekalan.

“Negara lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia banyak juga menganjurkan konsert DJ, tapi tidak ada pun kejadian pengunjung meninggal dunia. Jadi apa sebenarnya masalahnya, adakah kerana gejala dadah di negara ini terlalu berleluasa?,” soalnya.

Tambah beliau, Exco Selangor itu sepatutnya memanggil semua pemegang taruh, persatuan dan penganjur konsert untuk sama-sama berbincang dan bertukar pandangan dalam menangani masalah berbangkit itu.

“Sebelum nak buat kenyataan itu adakah mereka berfikir dahulu, bantulah industri, jangan buat keputusan yang menyusahkan industri, kalau kata penganjur acara itu yang bermasalah, kenapa nak kenakan kepada syarat membebankan kepada penganjur lain pula,” katanya.

Sementara itu pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, perkhidmatan anjing pengesan K9 boleh digunakan sebagai SOP dalam mengesan sebarang penglibatan dan pengambilan dadah oleh pengunjung konsert.

“Penguatkuasaan cekap penting bagi memerangi jenayah itu sekali gus dapat melindungi generasi akan datang.

“Selain itu, alat pengimbas automatik juga boleh digunakan di pintu masuk untuk mengesan penyalahgunaan dadah terhadap seseorang individu melalui sensor.

“Namun perlu diingat pembekal mahupun orang terlibat dadah ini sangat licik,” katanya. – 9 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Related