Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ibu bapa kepada lelaki ganggu jemaah, akan jumpa pengurusan masjid TTDI esok: Fahmi | Scoop

Ibu bapa kepada lelaki ganggu jemaah, akan jumpa pengurusan masjid TTDI esok: Fahmi

Pengerusi Masjid memberikan nasihat kepada jemaah supaya jangan membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan ummah, kata Fahmi

8:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu bapa kepada seorang lelaki yang dilaporkan mencetuskan kekecohan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) beberapa hari lalu, akan berjumpa dengan pihak pengurusan masjid tersebut, esok.

Malah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pengerusi masjid berkenaan, Datuk Mohd Fadzli Yusof juga memberitahu, pihak masjid itu akan menyantuni keluarga individu terbabit.

“Pengerusi Masjid, Dato’ Mohd Fadzli Yusof telah memberikan nasihat amat baik kepada jemaah tadi, iaitu jangan membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan ummah.

“Pada masa sama, jemaah yang terlibat dalam insiden tersebut telah meminta maaf kepada pihak masjid setelah mengetahui situasi sebenar,’’ katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Fahmi memberitahu beliau juga berkesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan dan turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood.

Sebelum ini tular video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mengganggu jemaah masjid berkenaan dan turut merosakkan sebuah televisyen serta kerusi.

Kejadian berkenaan berlaku pada 1 Januari lalu, kira-kira 5.40 pagi.

Bagaimanapun siasatan polis mendapati lelaki itu mengalami masalah mental sejak April 2022.

Ku Mashariman Ku Mahmood dilaporkan media sebagai berkata, kali terakhir suspek menerima rawatan pada 16 Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan tiada rawatan susulan selepas tarikh tersebut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – 3 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related