Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis lancar siasatan baharu ‘pembunuh kucing’ di UM | Scoop

Polis lancar siasatan baharu ‘pembunuh kucing’ di UM

Polis akan merakam keterangan daripada pihak terbabit pada Khamis

2:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis melancarkan siasatan baharu terhadap insiden kematian tiga ekor kucing di Universiti Malaya (UM).

Langkah berkenaan diambil susulan desakan daripada akivis dan persatuan pencinta haiwan yang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut terhadap kematian binatang terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan semalam bahawa kertas siasatan telah dibuka dan akan merakam percakapan daripada pihak-pihak berkenaan.

Pada masa sama, katanya, polis juga akan memanggil wakil persatuan pencinta haiwan untuk dirakam keterangan berhubung kenyataan yang dikeluarkan menerusi media, susulan kematian tragis kucing terbabit.

“Kami akan rakam keterangan daripada pihak-pihak terbabit pada Khamis,’’ katanya.

Rusdi sebelum ini berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kematian dua ekor kucing di Universiti Malaya (UM) mendapati binatang itu diserang sekumpulan anjing liar.

Menurut Rusdi, hasil semakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) turut mengesahkan kecederaan yang dialami kucing-kucing berkenaan adalah akibat serangan haiwan liar.

Bagaimanapun semalam Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menyanggah laporan bahawa anjing terbiar menjadi punca kematian kucing-kucing yang ditemukan dalam keadaan mengerikan di university berkenaan.

SAFM dalam kenyataannya berkata, rakaman CCTV yang tular tidak memberikan bukti kukuh untuk menyalahkan anjing terbiar itu malah pemeriksaan pada bangka kucing menunjukkan kecederaan seperti anggota badan terputus.

Keadaan ini, kata SAFM lebih konsisten dengan penggunaan alat tajam berbanding gigitan rawak oleh anjing.

“Serangan anjing biasanya melibatkan gigitan dan koyakan yang tidak kemas, dengan fokus pada bahagian leher untuk melemahkan mangsa.

“Konsistensi kecederaan pada kesemua kucing menunjukkan ia bukan serangan rawak oleh haiwan tetapi berkemungkinan besar melibatkan tindakan sengaja oleh manusia. – 25 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Related