Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Warga emas 74 tahun antara 13 ditahan di 6 negeri dalam Op Pedo | Scoop

Warga emas 74 tahun antara 13 ditahan di 6 negeri dalam Op Pedo

Polis membuka 13 kertas siasatan dan mereka ditahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas berusia 74 tahun merupakan antara 13 lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM) menerusi Op Pedo semalam.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

“Pemeriksaan terhadap pelbagai peranti serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik 13 suspek telah menemukan lebih kurang 40,000 CSAM dan bahan pornografi dewasa.

“Ia meliputi tujuh set komputer, satu unit komputer riba, 11 telefon bimbit serta 16 unit modem dan router,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin memberitahu, sebanyak 13 kertas siasatan dibuka dengan kesemua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan memiliki bahan lucah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan daripada 13 suspek yang ditahan, lima individu direman empat hari, empat direman tiga hari dan dua lagi direman sehari dengan kesemua reman bermula hari ini manakala dua lagi diberi jaminan polis,” katanya.

Razarudin turut menasihati orang ramai terutama golongan remaja dan kanak-kanak agar meningkatkan kawalan kendiri, menjaga batas moral dan adab bersosial di dalam talian bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah serta melaporkan sebarang penyalahgunaan rangkaian kepada pihak berkuasa.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk jenayah dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang melakukan dan melibatkan diri dalam aktiviti jenayah,” katanya. – 24 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Related