Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
AS serah 2 rakyat Malaysia yang ditahan selama 18 tahun di Guantanamo Bay | Scoop

AS serah 2 rakyat Malaysia yang ditahan selama 18 tahun di Guantanamo Bay

Kerajaan menerima kedua-duanya atas prinsip hak asasi manusia dan keadilan sejagat

4:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Guantanamo Bay selama 18 tahun sejak 2006 lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya berkata, Malaysia menerima pemulangan kedua-duanya atas alasan hak asasi manusia.

Meskipun tidak menamakan dua rakyat Malaysia itu namun berdasarkan laporan sebelum ini difahamkan kedua-duanya ialah Mohamad Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47.

“Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani atas prinsip hak asasi manusia dan dokongan keadilan sejagat telah menerima dua orang warganegara Malaysia yang diserah oleh Kerajaan Amerika Syarikat selepas ditahan sejak 2006 di Kem Tahanan Guantanamo Bay, Cuba.

“Kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan.

“Kementerian Dalam Negeri merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Farik dan Nazir telah ditangkap di Thailand pada 2003 berhubung pengeboman Bali yang meragut 202 nyawa pada tahun sebelumnya.

Mereka tidak pernah menghadapi perbicaraan sehingga ini. 

Pada Januari lalu, di bawah perjanjian pengakuan, kedua-dua lelaki mencapai persetujuan dengan pendakwa raya untuk tuduhan menjadi aksesori kepada serangan pengganas di Bali.

Farik dan Nazir juga terpaksa memberi keterangan terhadap dalang pengeboman Bali Encep Nurjaman atau Hambali, di bawah rundingan pengakuan itu. 

Hambali adalah bekas pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah yang juga gabungan Al-Qaeda. – 18 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Related