Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pempengaruh Kim Seri mohon maaf, beri jaminan pulangkan wang | Scoop

Pempengaruh Kim Seri mohon maaf, beri jaminan pulangkan wang

Seorang wanita sebelum ini mendakwa dia dan rombongannya menjadi mangsa penipuan Kim Seri ketika bercuti di Korea Selatan apabila terkandas di lapangan terbang kerana tiada tiket pulang ke tanah air

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pempengaruh terkenal dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan, Kim Seri, yang dihimpit dengan dakwaan penipuan, memberi jaminan akan memulangkan bayaran kepada pelanggan sebelum atau pada 1 Februari 2025.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam Instagram Story, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina berkata, pada masa ini dia tidak dapat melunaskan semua jumlah wang berkenaan secara sekali gus.

Kim Seri, yang terkenal kerana sering berkongsi pengalaman ketika menuntut di Korea Selatan, turut memohon maaf dan memaklumkan dia sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

“Namun begitu, saya memberi jaminan saya akan menyelesaikan masalah ini melalui pembayaran seperti berikut iaitu semua jumlah tertunggak akan dibayar sebelum atau pada 1 Februari 2025.

“Saya berjanji akan memikul tanggungjawab sehingga akhir dan memohon kerjasama serta kefahaman anda semua. Dokumen penyelesaian untuk para pelanggan berdasarkan perkara di atas akan diberikan esok kepada semua pelanggan serta berikut merupakan no wahtsapp baru untuk rujukan kepada pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum inl,” katanya hari ini.

Kim Seri memuatnaik kenyataan mengenai jaminan pemulangan wang di dalam Instagram Story hari ini. – 12 Disember, 2024

Nama Kim Seri menjadi tular susulan dakwaan yang tular di media sosial semalam di mana seorang wanita mendakwa menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan yang membuka agensi pelancongan di Korea Selatan.

Menerusi video berkenaan, wanita itu mendakwa dia bersama rombongan ‘terkandas’ di lapangan terbang kerana tiada tiket penerbangan pulang ke tanah air seperti dijanjikan sebelum dimaklumkan terdapat masalah teknikal untuk membuat tempahan tiket.

Sementara dalam hantaran di TikToknya pula, Kim Seri memaklumkan dia sudah melantik dan mengupah pengurusan serta kakitangan tambahan bermula Januari ini, dalam usaha memperbaiki segala kelemahan yang ada sepanjang tahun ini.

“Mohon diberikan sedikit ruang dan masa untuk kami memulihkan dan memperbaiki segala kekurangan pengurusan. Yang ingin menarik diri, memohon refund, menukar tarikh dan sebagainya boleh hubungi staff kami dan kami akan cuba proses dan berusaha menyelesaikannya seberapa segera,’’ katanya.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan itu supaya tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan usahawan berkenaan, lapor Bernama.

“Mana-mana individu yang menjadi mangsa diminta untuk tampil membuat laporan polis dan kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Korea Selatan bagi menyiasat perkara ini.

“Laporan polis perlu dibuat bagi kita membantu mangsa selain mudah untuk polis dapatkan kerjasama sama ada melalui polis antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa Korea Selatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK di Menara KPJ di sini hari ini. – 17 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Related