Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
[Kemas Kini] Langkawi Ferry Line Ventures tarik balik kenaikan tambang warganegara Malaysia bermula 1 Jan 2025 | Scoop

[Kemas Kini] Langkawi Ferry Line Ventures tarik balik kenaikan tambang warganegara Malaysia bermula 1 Jan 2025

Pengurus Operasi Langkawi Ferry Line Ventures Norhafiz Abdul Wahid berkata kenaikan itu adalah di antara RM3 hingga RM10.50 sehala mengikut kategori penumpang dan laluan perjalanan

1:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengusaha feri langkawi, Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd menarik balik kenaikan tiket untuk warganegara Malaysia seperti yang diumumkan bermula 1 Januari ini.

Pengurus besarnya, Baharin Baharom berkata, bagaimanapun kenaikan tiket feri untuk pelancong asing akan dilaksanakan berkuatkuasa pada tarikh berkenaan.

“Atas nasihat Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah maka kenaikan tambang bagi warganegara Malaysia mulai 1 Januari 2025 ini dibatalkan. Walau bagaimanapun, kenaikan tambang bagi pelancongan asing akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025,’’ katanya.

Terdahulu, Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Pengurus Operasi Langkawi Ferry Line Ventures, Norhafiz Abdul Wahid berkata kenaikan itu adalah di antara RM3 hingga RM10.50 sehala mengikut kategori penumpang dan laluan perjalanan.

“Bagi laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi, kadar kenaikan RM3 iaitu daripada RM21 ketika ini kepada RM24 bagi dewasa warganegara dan daripada RM16 kepada RM19 bagi kanak-kanak warganegara.

“Kenaikan RM3.50 pula dikenakan bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi iaitu daripada RM26.50 kepada RM30 bagi dewasa warganegara dan RM20.50 kepada RM24 bagi kanak-kanak warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhafiz berkata kadar tambang bagi bukan warganegara untuk laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi pula dinaikkan RM8 bagi dewasa iaitu daripada RM27 kepada RM35 dan RM19.50 kepada RM25 bagi kanak-kanak.

Bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi, kadar tambang bagi dewasa bukan warganegara dinaikan RM10.50 iaitu daripada RM34.50 kepada RM45 dan daripada RM25.50 kepada RM32 bagi kanak-kanak bukan warganegara.

Beliau berkata kadar tambang bagi penduduk Langkawi pula masing-masing dinaikkan sebanyak RM3 dan RM3.50 bagi kedua-dua laluan berkenaan untuk dewasa dan kanak-kanak.

“Tambang penduduk Langkawi bagi perjalanan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi dinaikkan kepada RM18 untuk dewasa dan kepada RM13 untuk kanak-kanak, manakala bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pula kadar baharu adalah RM23.50 bagi dewasa dan RM17.50 bagi kanak-kanak,” katanya.

Norhafiz berkata tiada kenaikan tambang untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang masing-masing kekal pada kadar RM13 dan RM17 serta RM10 dan RM14 bagi kedua-dua laluan itu.

Beliau berkata kadar tambang perkhidmatan feri syarikat itu sepatutnya telah dinaikkan pada 5 Ogos 2022 iaitu RM6 bagi laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi dan RM7 bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi.

Namun beliau berkata kenaikan tersebut dikurangkan 50 peratus ketika itu atas faktor pemulihan pasca COVID-19. – 15 Disember, 2024
 

Topics

 

Hangat

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

Related