Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Undang-undang paksa bank bayar pampasan pada mangsa scam adalah tepat | Scoop

Undang-undang paksa bank bayar pampasan pada mangsa scam adalah tepat

Jika kawal selia oleh penyedia perkhidmatan gagal, kerajaan perlu campur tangan untuk menguatkuasakan pembayaran balik mandatori

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Banyak yang boleh dilakukan oleh bank bagi mencegah pelanggan mereka menjadi mangsa penipuan kerana ia mempunyai cara dan sokongan undang-undang sedia ada,’ kata ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Derek Fernandez.

Organisasi bank boleh memulakan langkah yang sesuai sementara kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang sama seperti di UK, yang baru-baru ini meluluskan peraturan memaksa bank membayar pampasan kepada mangsa penipuan dalam talian, katanya kepada Scoop.

“Terdapat kuasa yang mencukupi dalam Akta Perkhidmatan Kewangan untuk memastikan keselamatan siber pelanggan adalah syarat penting bagi lesen perkhidmatan kewangan.

“Keadaan ini boleh membawa kepada penalti dan pampasan kepada mangsa penipuan, sekiranya organisasi bank bersalah kerana gagal mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi pelanggan mereka,’’ katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyalahgunaan Dalam Talian dan Keselamatan Maklumat MCMC.

“Ini bermakna melaburkan sejumlah wang yang berpatutan untuk perlindungan keselamatan siber bagi pelanggan. Ia bukannya tidak munasabah jika dilihat dari keuntungan besar yang diperolehi daripada perbankan digital dan sistem pembayaran.

Bank-bank juga, katanya, boleh meningkatkan piawaian operasi, tempoh masa, proses bayaran balik, garis masa penglibatan awam dan sumber sokongan pelanggan kerana ramai yang meluahkan kekecewaan dan responsif sokongan pelanggan apabila berhadapan dengan kes penipuan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bank perlu membayar balik mangsa scammer sekiranya dikenalpasti berlaku kecuaian oleh institusi terbabit sehingga menyebabkan berlakunya jenayah scam.

Anwar, ketika bercakap di Dewan Rakyat berkata, Putrajaya sedang mengkaji undang-undang yang serupa, selepas UK pada 7 Oktober melaksanakan peraturan baru yang memaksa bank membayarkan mangsa scammer sehingga £85,000 dalam tempoh lima hari dari transaksi yang diperdebatkan.”

Fernandez turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia akan mempertimbangkan undang-undang yang serupa, sambil menambah sudah tiba masanya penyedia perkhidmatan kewangan, serta perkhidmatan telekomunikasi, melangkaui kempen anti-penipuan.

‘Walaupun ini sangat membantu dan berguna, penekanan untuk penyedia perkhidmatan juga haruslah tidak membenarkan orang ramai menjadi mangsa penipuan.

“Ini menyentuh kepada teras dasar kawal selia keselamatan siber moden, yang pada pendapat saya ialah mereka yang memperoleh keuntungan paling besar daripada digitalisasi mempunyai tanggungjawab terbesar untuk memastikan keselamatan awam apabila mengakses platform mereka,’’ katanya.

Mengenai kemungkinan Malaysia mengguna pakai peraturan sama seperti UK memberi pampasan kepada mangsa penipuan akibat kecuaian bank, Fernandez menggesa ia dijalankan secara konsistensi, dengan menyatakan jika munasabah bagi bank untuk bertanggungjawab ke atas wang yang didepositkan secara fizikal di bank, tanggungjawab undang-undang yang sama mesti diterapkan ‘di dunia maya’.

“Malangnya, undang-undang yang berbeza dikenakan dengan tanggungjawab undang-undang di dunia maya seperti di dunia fizikal, dan itu adalah masalahnya. Nampaknya digitalisasi boleh digunakan untuk meningkatkan keuntungan dan meletakkan risiko yang tidak munasabah kepada pelanggan, kecuali jika dikawal selia dengan betul.”

Beliau berkata ini menunjukkan bahawa kawal selia kendiri yang diharapkan daripada perkhidmatan penting ‘tidak berfungsi’, memerlukan kerajaan untuk campur tangan melindungi pengguna. – 5 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Related