Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kucing diikat leher, diseret hingga terkencing diselamatkan | Scoop

Kucing diikat leher, diseret hingga terkencing diselamatkan

Pemilik kucing berkenaan juga telah disiasat oleh pihak berkuasa

12:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menyelamatkan seekor kucing yang diperlakukan dengan kejam oleh pemiliknya apabila diseret dengan tali sehingga terkencing di sebuah kondominium di Jalan Klang, di sini, hingga tular di media sosial baru-baru ini.

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFC) dalam kenyataannya memberitahu, pemilik kucing berkenaan juga telah disiasat oleh pihak berkuasa,

Bagaimanapun, SAFC mendesak mendesak supaya siasatan dijalankan dengan segera dan pelaku dikenakan hukuman setimpal di bawah Seksyen 29, Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Di bawah seksyen berkenaan, kata SAFC, antara kesalahan serius termasuk memukul, mencederakan, atau menyakiti haiwan dengan sengaja, serta gagal menyediakan makanan, air, atau tempat perlindungan yang mencukupi bagi haiwan tersebut.

“Selain itu, perbuatan yang menyebabkan penderitaan terhadap haiwan juga dianggap sebagai penganiayaan.

“Pelaku yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman yang berat, termasuk denda minimum RM20,000 hingga maksimum RM100,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,’’ katanya.

Beberapa hari lalu tular video berdurasi 14 saat yang memaparkan bagaimana seekor kucing diperlakukan dengan kejam .

Ia memaparkan lelaki terbabit sedang mengheret seekor kucing dengan tali yang diikat pada leher haiwan berkenaan. Turut kedengaran dalam video itu, suara kucing yang menahan kesakitan.

Dalam pada itu, akaun TikTok nanaisnanaaa memuatnaik video kucing itu diselamatkan oleh pihak berkuasa. – 25 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related