Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis siasat khatib kupas pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China dalam khutbah Jumaat | Scoop

Polis siasat khatib kupas pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China dalam khutbah Jumaat

Selain menyalah guna pentas khutbah, ia turut mencemarkan institusi masjid

5:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Polis telah menerima laporan berhubung tindakan seorang khatib sebuah masjid di Padang Serai yang didakwa mengupas isu pemberian kewarganegaraan lebih satu juta kepada rakyat China, ketika menyampaikan khutbah Jumaat, semalam.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selain menyalah guna pentas khutbah, ia turut mencemarkan institusi masjid.

Saifuddin berkata, pihaknya kesal kerana isu itu terus dimainkan meskipun perkara tersebut sudah dijelaskan oleh beliau termasuk Menteri Dalam Negeri sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Saya telah pun menerima aduan awal semalam, Jumaat, di satu masjid di dalam kawasan Parlimen Padang Serai yang khutbah Jumaatnya antara lain menyentuh tentang pemberian warganegara kepada rakyat China yang jumlahnya lebih satu juta.

“Walaupun sudah dibetulkan fakta itu, sudah diberi keterangan tapi ternyata fitnah itu masih terus lagi menyemarak dan yang paling malang apabila institusi masjid dijadikan sebagai pentas,” katanya yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Kebangsaan Ladang Dublin, Karangan di Kulim, hari ini.

Saifuddin berkata pihaknya kesal dengan perkara itu dan menjelaskan pentas khubah serta institusi masjid, seharusnya berperanan untuk menyampaikan pesanan bertakwa, menyeru kebaikan dan menjauhi kezaliman.

Beliau berkata apabila pentas khutbah dijadikan tempat mengupas isu-isu semasa yang maklumatnya tersasar, ia sekali gus menjadi fitnah.

Saifuddin Nasution juga berkata dia percaya bahawa teks asal khutbah yang disediakan pihak berkuasa agama tidak menyentuh isu tersebut, tetapi khatib berkenaan mengambil sikap sendiri untuk mengupas perkara itu.

“Saya mahu ulangi gesaan, nasihat supaya institusi masjid terutama pimpinan masjid daripada membenarkan para khatib terutama solat Jumaat daripada membenarkan guna platform khutbah itu untuk sampaikan bahan-bahan yang jauh terpesong,” katanya.

Tambah beliau, polis akan terus memantau perkembangan kes itu dan pasukan khas 3R Bukit Aman akan melengkapkan siasatan sekiranya melibatkan aspek 3R iaitu salah guna institusi masjid untuk semarak perasaan kebencian dan permusuhan berasaskan perkauman. – 9 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related