Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Rangka manusia ditemui dalam kebun durian | Scoop

Rangka manusia ditemui dalam kebun durian

Selain rangka dan tulang, polis turut menjumpai serpihan telefon, cawan, gulungan dawai, periuk besi dan serpihan kipas

12:56 PM MYT

 

BALIK PULAU – Polis menemui rangka manusia di sebuah kebun durian berhampiran Jalan Besar, Pulau Betong di sini Jumaat lalu.

Rangka dan tulang terbabit ditemui di kawasan kebun durian yang terletak di lereng berbukit pada kira-kira jam 12.35 tengah hari selepas menerima panggilan telefon dari seorang saksi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Sazalee Adam berkata, siasatan awal di lokasi kejadian berjaya menemukan beberapa tulang dan timbunan tanah bersama rangka dipercayai manusia.

“Selain rangka dan tulang, kami turut menjumpai serpihan telefon, cawan, gulungan dawai, periuk besi dan serpihan kipas,” katanya mengikut laporan Bernama.

Sazalee berkata tulang dan rangka berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kini polis sedang menunggu keputusan laporan bedah siasat dan forensik untuk proses siasatan lanjut,” katanya. – 3 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related