Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PM mahu kemudahan prasarana, peningkatan kemahiran sektor logistik di tahap terbaik | Scoop

PM mahu kemudahan prasarana, peningkatan kemahiran sektor logistik di tahap terbaik

Anwar berkata, kementerian dan rakan-rakan digesa memberi tumpuan yang lebih dalam bidang ini kerana tahap kepesatan perubahannya terlalu cepat dan jika jentera kita lembab, kita akan ketinggalan

1:45 PM MYT

 

SEPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak termasuk Kementerian Pengangkutan (MOT), agensi berkaitan dan syarikat swasta dalam bidang logistik memastikan aspek kemudahan prasarana dan peningkatan kemahiran tenaga kerja dalam bidang itu berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata perkara itu adalah selari dengan fokus kerajaan pada masa ini yang memberi tumpuan terhadap bidang perindustrian, pendigitalan, peralihan tenaga dan semikonduktor.

Perdana Menteri berkata dalam tempoh setahun ini, pelabur besar telah menunjukkan minat kepada negara dan sudah tentu kemudahan prasarana di pelabuhan, pengangkutan dan logistik menjadi perhatian mereka.

“Di antara isu yang ditingkatkan adalah, apabila pelabur masuk di Selangor, Kulim (Kedah), Johor, Sabah dan Sarawak umpamanya, mereka akan lihat keupayaan ekosistem keseluruhannya.

“Sebab itu saya mahu kementerian dan rakan-rakan memberikan tumpuan yang lebih dalam bidang ini kerana tahap kepesatan perubahan itu terlalu cepat dan kalau jentera kita lembab, kita akan ketinggalan,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Perasmian Kompleks DHL Express di Zon Perdagangan Bebas KLIA, di sini hari ini. – 28 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related