Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pasukan khas akan laksana tugas yang diberikan pada DBKL urus 65 bazar: Datuk Bandar | Scoop

Pasukan khas akan laksana tugas yang diberikan pada DBKL urus 65 bazar: Datuk Bandar

'Setelah keputusan dibuat, saya telah menubuhkan task force untuk melihat bagaimana kita boleh melaksanakan tugasan yang diberikan kepada DBKL,' kata Datuk Bandar

9:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melihat bagaimana pasukan khas atau task force yang ditubuhkan baru-baru ini dapat melaksanakan tugas yang diberikan bagi menguruskan 65 bazar di ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif ketika ditemui Scoop berkata, pasukan itu ditubuhkan selepas diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa supaya DBKL menguruskan bazar terbabit.

“Setelah keputusan dibuat, saya telah menubuhkan task force untuk melihat bagaimana kita boleh melaksanakan tugasan yang diberikan kepada DBKL,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku The Origin & Evolution Of The Malayan Shophouse yang diadakan di sini, hari ini.

Minggu lalu, Dr Zaliha menerusi hantaran di Facebooknya telah mengarahkan DBKL menguruskan sendiri bazar dan tidak diserahkan kepada pihak ketiga untuk mengendalikannya.

Jelas Dr Zaliha, banyak implikasi lain yang terjadi jika diserahkan kepada pihak ketiga untuk uruskan bazar seperti sebelum ini termasuk kenaikan sewa.

“Contohnya, DBKL sewakan kepada pihak ketiga dengan nilai yang rendah, tetapi sewa itu akan dinaikkan oleh pihak ketiga tersebut. Fair enough… sebab semua pengurusan mereka yang buat, termasuk memeriahkan suasana bazar dan sebagainya, tetapi kos sewa tinggi yang disewa oleh mereka itu siapa yang akan tanggung? Sudah pasti akan diserap dalam harga jualan mereka,” kata Dr Zaliha.

Keputusan berkenaan bagaimanapun disifatkan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia sebagai mengecewakan kerana dibuat tanpa berunding dengan gabungan itu, yang dianggota lima persatuan penjaja di ibu kota.

Malah kata presidennya, Datuk Seri Rosli Sulaiman ketika dihubungi Scoop berkata, sejak bertahun-tahun persatuan menguruskan hal ehwal pengurusan melibatkan penjaja dan hanya mereka memahami kesukaran dilalui golongan tersebut berbanding pihak berkuasa tempatan.

Rosli turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa persatuan bertindak seperti kartel yang menjual tapak bazar pada harga tinggi sehingga membebankan peniaga.

“Saya tahu betapa susahnya nak menguruskan operasi bazar-bazar ini sebab itu kami semua serahkan 65 kawasan itu untuk diuruskan kepada DBKL selepas ini.

“Ingat senang ke pihak kami nak menguruskannya, kami bukan seperti menteri, ada gaji… kami buat kerja ini dengan berbekalkan bayaran tapak daripada penjaja untuk uruskan operasi seperti perkhidmatan khemah jualan, Rela dan bayaran gaji kepada pekerja pengurusan.

Dalam pada itu ditanya mengenai kekecewaan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia itu, Maimunah bagaimanapun enggan mengulas.

Lima persatuan dalam gabungan itu ialah Persatuan Penjaja dan Peniaga Bumiputera Wilayah, Persatuan Pekedai dan Peruncit Wilayah, Persatuan Penjaja Kecil Melayu Wilayah, Persatuan Pasar Malam Kuala Lumpur dan Persatuan Prihatin Kuala Lumpur. – 27 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related