KUALA LUMPUR – Buat kali pertama dalam sejarah, kerajaan bersetuju supaya 50 ekar (20.23 hektar) daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini hanya permulaan dalam mengenalpasti tanah-tanah kerajaan yang sesuai.
“Ia bagi memastikan aspek pembangunan turut tidak mengabaikan keseimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar,’’ katanya pada pembentangan Bajet 2025 hari ini.
Anwar menambah, PNB dan PHB akan terus meningkatkan kerjasama membangun tanah rizab Melayu dalam projek perumahan mampu milik, penginapan pelajar dan pembangunan komersial. – 18 Oktober, 2024