Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Peluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025 | Scoop

Peluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat

5:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan diperluaskan skop secara progresif berkuatkuasa 1 Mei 2025, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, SST tidak membebankan rakyat awam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat.

“Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado.

“Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan.

“Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan,’’ katanya ketika membentangkan Bajet 2025 di Parlimen hari ini. – 18 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related