Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jangan usik rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan, Zahid ingatkan pemimpin Umno | Scoop

Jangan usik rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan, Zahid ingatkan pemimpin Umno

Kenyataan dikeluarkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Nur Jazlan Mohamed atau Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh adalah kenyataan peribadi

7:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh pimpinan dan ahli parti supaya tidak mengusik rakan-rakan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga berkata, tiada keperluan untuk parti komponen dalam kerajaan meminta maaf, sebaliknya perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Katanya, kenyataan dikeluarkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Nur Jazlan Mohamed atau Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh adalah kenyataan peribadi.

“Selagi presiden parti atau ketua parti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, maka kenyataan-kenyataan (dikeluarkan mereka) adalah berbentuk peribadi.

“Tidak perlu minta maaf, jangan usik rakan komponen dalam parti, harus menghormati antara satu sama lain.

“Yang penting kita mesti mengekalkan keadaan situasi Kerajaan Perpaduan sekarang ini selain jangan timbulkan sebarang masalah,” katanya bercakap kepada media di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perbezaan pandangan antara pemimpin parti komponen mesti diketepikan, termasuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU), pada masa akan datang.

“Tadi sebelum dan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, saya telah bertemu dengan Perdana Menteri selain bersama presiden, pengerusi dan setiausaha parti dalam komponen Kerajaan Perpaduan ni.

“Kita ketepikanlah perbezaan pandangan ini dan kita mesti berjalan ke hadapan untuk jalin kerjasama yang baik bagi menghadapi apa saja termasuk kemungkinan PRK atau PRU,” katanya.

Susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK Mahkota, Nur Jazlan Mohamed dalam analisisnya berkata PH patut memohon maaf secara terbuka kepada Umno atas serangan selama berdekad terhadap parti itu.

Beliau berkata, segala ‘tohmahan, tuduhan dan persepsi’ yang PH cipta sejak berpuluh tahun itu menyebabkan Umno dipandang kotor oleh pengundi, namun hari ini gabungan tersebut memerlukan Umno untuk menjadi kerajaan. – 8 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related