Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki disyaki penjenayah maut ditembak di Kundang | Scoop

Lelaki disyaki penjenayah maut ditembak di Kundang

Penjenayah yang menaiki Nissan Grand Livina dipercayai tidak mengendahkan arahan polis yang mengarahkan supaya memberhentikan kenderaan mereka dan melepaskan tembakan

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki disyaki penjenayah dikehendaki polis mati ditembak di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor awal pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berbalas tembakan dengan sekumpulan individu yang merupakan penjenayah dikehendaki itu.

Penjenayah yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina dipercayai tidak mengendahkan arahan polis yang mengarahkan supaya memberhentikan kenderaan mereka.

Bagaimanapun, mereka melepaskan tembakan ke arah polis.

Difahamkan tembakan polis mengenai salah seorang suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, polis akan berkongsi butiran lanjut tentang kes terbabit menerusi sidang media atau kenyataan media dalam masa terdekat. – 25 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related