Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jakim, agensi penguatkuasa dituntut banteras aliran menyimpang dari Ahli Sunnah Wal Jamaah: PM | Scoop

Jakim, agensi penguatkuasa dituntut banteras aliran menyimpang dari Ahli Sunnah Wal Jamaah: PM

Perdana Menteri turut menegaskan kerajaan Madani mengambil serius segala fahaman menyimpang yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia

5:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi penguatkuasa dituntut mengambil tindakan tegas bagi membanteras segala aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga ke akar umbi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri turut menegaskan kerajaan Madani mengambil serius segala fahaman menyimpang yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia.

Perkara itu ditekankan dalam pertemuan antara beliau dengan pegawai tertinggi Jakim hari ini bagi membincangkan beberapa perkara terkait hal ehwal Islam di Malaysia.

“Platform ini penting mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara, yang menagih kebersamaan antara agensi persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia,’’ katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Anwar turut mendoakan supaya Allah melindungi negara ini daripada sebarang bahaya dan ancaman yang menyimpang serta boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat Islam.

Isu mengenai akidah hangat diperkatakan susulan pembongkaran yang dibuat ke atas kumpulan Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) selepas didakwa melakukan eksploitasi ke atas kanak-kanak dan ahli-ahlinya.

Baru-baru ini Jawatankuasa Fatwa Perlis mengisytiharkan kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat kerana ajaran yang dibawa adalah kesinambungan kepada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

Isu itu turut mendapat reaksi daripada Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang bersetuju ia perlu dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI sebelum sebarang fatwa dibuat.

Sementara doktrin mengenai GISB itu dibincangkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang mulai semalam hingga Khamis ini – 23 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related