Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Akmal-Teresa sepentas di Mahkota? Terpulang pada pengarah pilihan raya: Teo Nie Ching | Scoop

Akmal-Teresa sepentas di Mahkota? Terpulang pada pengarah pilihan raya: Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, beliau sendiri tidak pasti sama ada Teresa turun berkempen di Johor

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terpulang kepada pengarah pilihan raya untuk menemukan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh di atas satu pentas pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, beliau sendiri tidak pasti sama ada Teresa turun berkempen di Johor.

“Ini terpulang kepada pengarah plihan raya untuk mereka fikir yang terbaik untuk dianjurkan dan dibuat. Saya bukan pengarah pilihan raya jadi bukan kapasiti saya untuk menjawab.

“Saya pun tidak pasti sama ada YB Teresa Kok akan turun (berkempen) atau tidak,’’ katanya pada sidang media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) di Kluang, hari ini.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata demikian ketika ditanya sama ada usaha dijalankan untuk menemukan dua pemimpin tersebut di atas satu pentas pada PRK DUN Mahkota, selepas kedua-duanya terlibat dalam isu panas melibatkan sijil halal, baru-baru ini.

Pada 11 September lalu, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, menuntut ganti rugi RM25 juta daripada Dr Akmal selepas mendakwa beliau memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Selain tuntutan ganti rugi RM25 juta, Teresa turut menuntut segala kos dan perbelanjaan yang disebabkan isu ini.

Bagaimanapun, Akmal berkata beliau tidak gentar seandainya Teresa mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berikutan panggilan ‘nyonya tua’ susulan isu pensijilan halal.

Malah beliau mengalu-alukan sebarang tindakan oleh Teresa dan bersedia bertemu di mahkamah. – 23 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related