Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis serbu rangkaian perniagaan dipercayai ada kaitan dengan GISBH | Scoop

Polis serbu rangkaian perniagaan dipercayai ada kaitan dengan GISBH

Antara premis perniagaan yang diperiksa termasuk klinik, restoran, bengkel kereta, kedai pakaian terpakai, premis percetakan, pasar raya, kedai bakeri, pusat khidmat media, hotel, butik, galeri dan beberapa perniagaan lain yang menggunakan nama GISBH

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Kontinjen Selangor menyerbu beberapa rangkaian perniagaan yang sebahagian besarnya dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dalam satu operasi bersepadu di Bandar Country Homes, Rawang pagi tadi.

Serbuan yang bermula 6.30 pagi itu melibatkan kira-kira 200 anggota Polis Kontinjen Selangor dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan, serta dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Antara premis perniagaan yang diperiksa termasuk klinik, restoran, bengkel kereta, kedai pakaian terpakai, premis percetakan, pasar raya, kedai bakeri, pusat khidmat media, hotel, butik, galeri dan beberapa perniagaan lain yang menggunakan nama GISBH.

Berdasarkan tinjauan Bernama sewaktu operasi itu, sehingga 8.30 pagi, polis masih menjalankan pemeriksaan terhadap individu di kawasan tersebut, termasuk kanak-kanak.

Pada masa yang sama, pihak MPS dilihat sedang merobohkan beberapa struktur yang didirikan secara tidak sah, serta menyita premis-premis perniagaan tertentu.

Keseluruhan kawasan pusat perniagaan di Jalan Desa, Bandar Country Homes, ditutup sepanjang operasi berkenaan dijalankan. – 21 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related