Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
SPRM tak siasat GISB, ‘tiada unsur rasuah’ | Scoop

SPRM tak siasat GISB, ‘tiada unsur rasuah’

SPRM tidak masuk campur dalam siasatan GISB dan menyerahkannya kepada polis kerana ia mengandungi unsur jenayah, bukan rasuah

1:30 PM MYT

 

PUTRAJAYA  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak campur tangan dalam siasatan melibatkan organisasi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) kerana tidak wujud unsur rasuah.

Justeru, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menyerahkan siasatan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Yang ini (kes GISB) kita (SPRM) serahkan kepada pihak polis kerana saya tak nampak isu rasuah.

“Jadi pihak polis menjalankan siasatan tanpa campur tangan daripada SPRM,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Pada 11 September lalu, seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan ke atas 20 rumah amal kendalian GISB di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Op Global.

Susulan itu, seramai 171 suspek berusia 17 hingga 64 tahun termasuk seorang guru dan penjaga asrama, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes eksploitasi kanak-kanak.

Siasatan mendapati modus operandi dilakukan di rumah amal itu dengan mengajar dan mendidik mangsa cara meliwat dan diliwat penjaga.

Malah, mereka turut dipaksa melakukan perbuatan tersebut kepada penghuni lain. – 18 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related