Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Adakah peniaga nasi lemak di warung juga perlu mohon sijil halal? soal Teresa Kok | Scoop

Adakah peniaga nasi lemak di warung juga perlu mohon sijil halal? soal Teresa Kok

Wakil rakyat Seputeh tegaskan pandangan lebih kepada kebimbangan kos tambahan kepada peniaga termasuk pengusaha Melayu

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok tidak berganjak dengan kenyataannya bahawa mewajibkan premis makanan mempunyai sijil halal hanya akan menambah beban kepada peniaga termasuk pengusaha Melayu.

Bercakap kepada Scoop, beliau berkata, apa yang disuarakannya lebih kepada kebimbangan kos tambahan yang mungkin ditanggung oleh peniaga kecil jika sijil halal diwajibkan dan bukan mencampuri soal Islam.

“Banyak restoran dan cafe yang diuruskan oleh peniaga bukan Islam juga tidak jual arak dan daging babi, kenapa nak paksa mereka memohon pensijilan halal kalau mereka enggan berbuat begitu.

“Dasar seperti ini akan mempengaruhi operasi perniagaan mereka.

“Begitu juga bagi peniaga-peniaga Melayu termasuk yang menjual nasi lemak di warung-warung, adakah mereka perlu memohon pensijilan halal juga?,” soalnya.

Semalam wakil rakyat Seputeh itu berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Susulan itu beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membidas Kok dan mendesaknya meminta maaf serta menggesa pemimpin DAP tidak membuat kenyataan mengenai pensijilan halal.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, Armada Bersatu turut akan membuat laporan polis di seluruh negara sekiranya Kok enggan memohon maaf.

Manakala Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari pula menggesa DAP yang berada dalam kerajaan harus mengelak daripada bercakap soal-soal berkaitan agama Islam kerana isu berkenaan bukan mengenai tidak menyajikan daging babi serta alkohol sahaja.

“Jika nak nyatakan juga, biarlah melalui parti-parti lain dalam kerajaan. Boleh runding dengan PKR, Amanah ataupun Umno melalui Presidennya untuk bersuara,” katanya.

Ditanya sama ada beliau perlu membuat permohonan maaf seperti desakan beberapa pemimpin pembangkang, Kok bagaimana pun enggan memanjangkan isu itu dan menggesa untuk melihat pandangan pihak lain berkait kenyataannya itu.

“Saya sudah mengeluarkan kenyataan berkaitan cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, rasanya boleh juga lihat pandangan beberapa pihak lain,” katanya dengan merujuk kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim.

Zaid menerusi aplikasi X hari ini berkata, apa yang dinyatakan Kok adalah betul bahawa sijil halal bukan satu keperluan di restoran yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol.

“Tetapi Pemuda Bersatu marah kepadanya dan mengancam untuk membuat laporan polis. Saya fikir Pemuda Bersatu akan menjadi lebih bijak dan berbeza dengan Umno dan tidak pergi ke polis setiap kali mereka tidak bersetuju dengan seseorang.

“Wan Ahmad Fayhsal berkata Teresa kurang memahami isu itu. (Jadi) apakah pemahaman yang mendalam itu, saya tertanya-tanya? Saya tidak dapat melihatnya, dan Pemuda Bersatu harus menjelaskan tanpa membuat laporan polis.

“Pemahaman mendalam yang saya boleh fikirkan ialah Jakim akan mendapat banyak wang. Ia adalah perniagaan satu bilion ringgit, dan jika tujuannya adalah untuk membuat wang mudah, katakan begitu.

“Mengapa ahli politik Islam begitu bersemangat untuk melindungi umat Islam dalam setiap kehidupan mereka seolah-olah umat Islam ini tidak mampu memutuskan sendiri makanan apa yang hendak dimakan dan apa yang dilarang?.

“Kerajaan telah membelanjakan berbilion-bilion untuk pendidikan agama, guru agama, dan ahli politik agama, namun umat Islam masih kelihatan tidak mampu untuk menentukan di mana dan apa makanan untuk dimakan. Mereka memerlukan label. memalukan!,” katanya.

Terdahulu, Jakim dilapor mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol. – 7 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related