Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Siasatan kes pemerdagangan manusia dikaitkan bekas menteri dilakukan dengan tertib, cermat | Scoop

Siasatan kes pemerdagangan manusia dikaitkan bekas menteri dilakukan dengan tertib, cermat

Saifuddin berkata pihak polis juga akan memanggil beberapa lagi individu yang terlibat untuk melengkapkan kertas siasatan

1:22 PM MYT

 

TANAH MERAH – Proses siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan bekas menteri dan suami akan dilakukan secara tertib dan cermat dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis juga akan memanggil beberapa lagi individu yang terlibat untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada polis, kertas siasatan telah dibuka dan telah kenal pasti individu yang terlibat, malah ada yang sudah dipanggil dan akan dipanggil.

“Oleh itu, proses siasatan ini akan dilakukan secara tertib dan cermat kerana menjadi amalan siasatan pihak polis melihat pelbagai aspek termasuk mengesan penulis artikel terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Baitul Mahabbah Tanah Merah di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Saifuddin Nasution berharap semua pihak dapat memberi kerjasama untuk membantu pihak polis melengkapkan siasatan dalam tempoh yang munasabah.

Semalam, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut dikaitkan dengan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata pihaknya sedang mengesan beberapa penulis artikel dari negara jiran, Indonesia dan seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang didakwa terbabit dalam jenayah itu untuk diambil keterangan. – 4 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related